Cintaaaaaa ....
Hubungan cinta jarak jauh menuntut pengorbanan dan kesetian yang amat tinggi. Ia bukan sahaja mencabar dan sukar dan itu adalah ungkapan paling tepat untuk menggambarkan perhubungan cinta jarak jauh. Namun demikian adalah tidak mustahil perhubungan sebegini dapat bertahan dan kekal lama…,,,
Sudah menjadi trend sekarang kebanyakan anak muda atau pasangan suami isteri menjalinkan hubungan cinta jarak jauh walaupun sudah tahu akan akibat dan risiko yang akan ditanggung. Apa yang pasti, hubungan sebegini mempunyai peluang peluang untuk bahagia sama seperti perhubungan cinta jarak dekat.
Jika dipikirkan dari sudut positif hubungan jarak jauh ini sebenarnya lebih manis, menurut kata Pensyarah Jabatan Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) Prof.Madya Dr.Khaidzir ismail. Ibarat jauh dimata dekat dihati. Pasangan jarak jauh ini akan semakin rindu antara satu sama lain kerana berjauhan rentetan timbulnya rasa kehilangan dan kekosongan.
Tip-tip bagi membantu pasangan mempertahankan perhubungan jarak jauh
KEPERCAYAAN DAN KEJUJURAN
Kepercayaan adalah yang paling penting dalam hubungan sebegini. Jika tiada lagi kepercayaan dan kejujuran dalam perhubungan sebegini adalah amat bahaya. Anda perlulah percaya dan berserah pada takdir.
KESETIAAN
Perhubungan sebegini memerlukan kesetiaan yang amat tinggi antara pasangan yang bersungguh-sungguh dan ikhlas . Jika tidak perhungan sebegini tidak akan menemui kebahagian.
KOMITMEN
Komitmen amat penting dalam perhubungan. Jika anda dan pasangan dapat memberikan kometmen sepenuhnya dalam perhubungan maka ia akan berjaya. Semua nya bergantung terhadap individu itu sendiri faktor jauh atau dekat sama sahaja Cuma perhubungan jarak jauh lebih banyak cabarannya.
SELALU BERHUBUNG
Anda perlulah selalu berhubung kerana komunikasi adalah amat penting. Walaupun tidak dapat bersemuka secara langsung anda masih bole berhubung melalui email, telefon . dan alat komunikasi ssekarang yang dah semakin canggih dah boleh 3g , facebook dan skype dengan mengunakan webcam.
EMOSI
Jangan terlalu beremosi ketika berjauhan kerana faktor jarak dan jarang bersua muka membuatkan anda sering menaruh prasangka buruk. Kawallah emosi sebaik mungkin dan perlulah berfikiran positif bagi mengelakkan pergaduhan….
HARAPAN
Perhubungan yang berakhir dengan kebahagian adalah impian semua pasangan namun janganlah sekali-kali meletakkan harapan yang tinggi dalam perhubungan sebegini kerana dikhuatiri akan menyebabkan kekecewaan . Hubungan cinta jarak jauh begini amatlah berisiko tinggi.
Copyy and paste sajooo :p
Harap-harap sha dapat Kekal walaupun kami bercinta jarak jauh :')
Harap-harap sha dapat Kekal walaupun kami bercinta jarak jauh :')
No comments:
Post a Comment